Suara Hati Pelajar Kolej Komuniti Bandar Penawar (KKBP) adalah sebuah cereka pendek jenis promo yang akan dipertandingkan sempena InoREKA 2009 di Melaka. Produksi ini adalah hasil gabungan sentuhan kreatif pensyarah dan pelajar KKBP yang mana merealisasikan pandangan dan pendapat pelajar berkaitan suasana pembelajaran di Kolej Komuniti Bandar Penawar ke dalam sebuah video. Gabungan teknologi handy cam, kamera digital serta bakat muda pelajar maka hasilnya nanti akan dipaparkan pada pertandingan tersebut. Bagi tujuan dokumentasi, http://shpkkbpenawar.blogspot.com diwujudkan. Blog ini akan mempaparkan perjalanan produksi dilakukan dari penghasilan skrip sehinggalah penghasilan video.